PUNCA STROKE
Assallamualikum..sebelum ni saya ada kongsikan APA ITU STROKE dan Entry seterusnya adalah mengapa PUNCA STROKE itu boleh berlaku dikalangan rakyat malaysia.Diharapkan di beri manfaat untuk kita semua..Jom baca..
APA PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT STROKE
Ada beberapa faktor yang mungkin akan mengundang atau menyumbang berlakunya stroke tetapi permulaan biasanya berlaku pada pesakit stroke adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras.plak yang dihasilkan oleh lemak , Kolestrol , kalsium dan bahan - bahan lain berkumpul didalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir terus ke otak.
Salah satu faktor dan menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk berlakunya punca serangan stroke adalah seperti
- Tekanan darah tinggi
- Tinggi kolestrol
- Penyakit kencing manis
- Kegemukan atau obesiti
- Pemakanan yang tidak sihat
- Merokok
- Kurang bersenam
- Pengambilan Alkohol
Perkara - perkara di atas menyumbang berlakunya risiko penyakit stroke.terdapat juga faktor yang lain dan mungkin juga diluar kawalan kita sendiri seperti keturunan kerana keturunan juga memainkan peranan dalam menyebabkan stroke.
Diharapkan perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua.selamat membaca.
Diharapkan perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua.selamat membaca.
Ulasan