PETUA UNTUK MENGHILANGKAN ANGIN PASANG BAYI



PETUA UNTUK MENGHILANGKAN ANGIN PASANG BAYI

Asmkum..bnyak sebenarnya petua - petua dari orang- orang tua yang boleh kita perolehi dan antaranya ialah menghilangkan angin pasang pada anak..disini saya sediakan dari pembacaan dan pengalaman dari ahli kelurga saya sendri yang pernah berhadapan dengan masalah angin pasang pada anak..jangan pandang remeh dengan petua orang - orang dulu..banyak kebaikan yang boleh kita perolehi..jom cuba petua menghilangkan angin pasang pada anak : -

• Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam (boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.

• Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks di bawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

• Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).

• Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan seperti yang disebutkan.

• Tuam guna lada hitam/biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu bungkus dengan kain, barulah tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandikan waktu pagi/petang.

• Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan panaskan terlalu lama, lebih kurang 1-2 minit sahaja. Seterusnya, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus. Tuam perut bayi dengan telur dia sekali secara menaik. Maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tersebut.

• Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat dan tekap-tekap pada bahagian zakarnya. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.

Selamat mencuba Petua Melayu Lama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA