Cara Melatih Anak Jangan Pakai Pampers
Assallamualaikum dan salam sejahtera untuk semua..
Saya kembali lagi untuk berkongsi dengan anda semua cara nak latih anak supaya jangan pakai pampers lagi..yelah sampai bilakan nak pakai pampers dari sekaranglah nak kena ajar anak.ada juga baiknya pisahkan ank dari pampers sebab jimat dari sudut kewangan bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan..
Percaya lah. Susah juga nak didik anak supaya pandai buang air kecil dan buang air besar di tandas. Perkara yang mencabar gak la dalam hidup kami sekeluarga.memamg susah
kena ada kesabaran , yelah bukan senang anak nak berpisah dengan sahabat sejati dia dari kecik.
belum masuk bab buang air besar lagi. Pernah sekali tu dia buang air besar dekat ruang tamu.Mak ai seharum bunga kasturi you..haha..begang tak beganglah...nak tak nak kena angkatlah najis dia tu.ok tak naklah cerita panjang- panjang nati awak- awak semua boring hihihi.kat bawah ni ada beberapa cara nak pisahkan anak dari pampers.jom baca.
TIPS AJAR ANAK JANGAN PAKAI PAMPERS.
- Mula - mula sekali kena tunjuk gambar tandas dan terangkan apa fungsi tandas ni.
- Selalu bawak si anak kecil berjalan-jalan ke tandas. Terangkan dia apa yang ada dalam tandas dan terangkan dia apa fungsi mangkuk tandas.
- Setengah atau satu jam sekali, ajak anak melawat tandas dan suruh dia kencing dalam mangkuk tandas tu.
- Setiap sejam tanya anak sama ada dia nak ke tandas atau tak sebab anak- anak yang baru belajar nak kencing sendiri masih tidak pandai nak kawal air kencing.
- Beri pujian pada anak supaya dia rasa dihargai apa yang dia lakukan , ialah bukan senang nak kawal air kencing dengan sendiri.
- Sebelum nak tido tu minta anak kencing dulu takut -takut karang terlepas pulak.
- kalau nak pegi shoping complex tanya anak tu " kakak nak kencing tak "
- Bila anak terkencing dan terberak di ruang tamu, jangan sesekali marah. Cuba cakap baik-baik dan ajarkan dia apa yang sepatutnya dia lakukan.
- Belikan seluar dalam yang cantik - cantik supaya dia rasa teruja.
Paling penting masa train dia jangan pakaikan pampers. Kena biasakan dia tanpa pampers. Jangan bagi dia rasa selesa bila kencing. Biar dia rasa basah bila terkencing dalam seluar. Benda tu akan buat dia rasa tak selesa & merangsang kebolehan dia untuk cari keselesaan jugak. Bila dia rasa bila terkencing tak selesa secara automatik dia lama2 akan rasa tahan kencing sampai ke tempat sepatutnya dia kencing.Bagus dari sekarang didik anak supaya belajar kencing sendiri sebab esok - esok dah sek tak adalah rasa risau kalau nak lepaskan diakan..
Dari umur berapa terpulanglah pada korang nak mulakan..kalau macam saya , saya mulakan dari umur anak saya 3 tahun lagi.tak perlu nak tunggu anak pandai bercakap baru nak ajar cukuplah setakat dia dah faham pun dah cukup baik.
Dari umur berapa terpulanglah pada korang nak mulakan..kalau macam saya , saya mulakan dari umur anak saya 3 tahun lagi.tak perlu nak tunggu anak pandai bercakap baru nak ajar cukuplah setakat dia dah faham pun dah cukup baik.
Inilah pengalaman dari saya sendiri.bukan senang tau tapi tetap kena sabar , kuasa sabar perlu tinggi.jangan putus asa pasti berjaya.berikan rangsangan yang baik dan yakin yang anak pasti boleh lakukan.selamat mencuba ibu bapa diluar sana.
Ulasan