Petua Elak Anak Dari Gemar Hisap Jari
Asmkum..hari ni nak kongsi lagi tentang tabiat anak - anak yang gemar sangat hisap jari...tak kiralah ibu jari ker atau yang berkaitan dengan jari...
Setiap anak kita mesti ada ragam dan habit masing-masing kan. Ada dikalangan anak kita suka hisap puting dan ada juga yang hisap hujung bantal (bantal busuk).
Keadaan ini terjadi pada anak perempuan saya sendiri yang gemar hisap ibu jari.macam - macam cara saya buat sehinggalah ikut cara petua mak saya dan dari bacaan saya sendiri akhirnya berjaya juga berhentikan tabiat anak saya secara perlahan - lahan.macam mana saya buat..meh baca kata bawah ni..
CARA BERHENTIKAN ANAK SUKA HISAP JARI
1 Balut ibu jari anak anda atau pakaikan sarung tangan ketika dia tidur
2 Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada
sulah pada ibu jari.
3 Letakkan lempoyang pada ibu jari anak.Biasa kalau nak dapatkan lempoyang ni selalu
Dekat kampung- kampung ada.Tanya orang tua pasti dia tahu..
4 Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
5 Ajak anak - anak melakukan aktiviti yang boleh melupakan tabiat dia yang suka hisap jari.
6 Libatkan anak - anak dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan tangan
KESAN NEGATIF HISAP JARI
Menurut sebuah artikel kanak-kanak berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
Nak anak berhenti dari hisap jari memang kena sabar , kena tahan.jiwa kena kental.insya allah saya doakan anda semua berjaya.Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat untuk kita semua..
* petua dari bacaan dan perkongsian sendiri *
Ulasan