Teknik Berhadapan dengan anak pelat


Assallammualaikum dan salam sejahtera untuk anda semua...hari ni saya nak ajak anda semua berkongsi Macam mana nak berhadapan dengan anak pelat ketika Bercakap ,  ialah apa taknya nak fahamkan anak yang pelat ni memang kena ada kesabaran...nak fahamkan setiap perkataan yang dia cakap memang merumitkan..bagaimana caranya teknik yang terbaik untuk berhadapan dengan anak pelat ni ? jom teruskan baca ..


Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan jelas. Ibu bapa dan orang dewasa juga ada kalanya sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak.

mendidik anak zaman sekarang tak sama dengan cara didikan anak2 zaman dahulu...kalau  zaman saya dahulu boleh main lari - lari depan rumah dan bermain basikal bersama2 rakan2...jatuh dan terluka itu perkara biasa pada zaman saya dahulu..


Tapi anak2 zaman sekarang cara didikannya pula lain...anak hari ini, tiada lagi komuniti sebegini. Kalau dilepaskan bebas, di takuti pula keselamatannya terancam. Kereta banyak begitu juga dengan isu sosial seperti jenayah. Keterbatasan ini membuat kita tiada pilihan lain kecuali membiar anak bermain hanya di dalam rumah.jadi ada beberapa faktor mungkin boleh terjadinya anak2 pelat ni..ada berkemungkinan juga kurang percampuran atau takut nak bercakap..

      Apa yang patut dilakukan jika pertuturan anak tidak difahami.


Apabila kita sukar untuk memahami pertuturan mereka, apakah yang patut kita lakukan? Ini adalah beberapa tips dan strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa

✔ Fokus pada perkataan yang tidak difahami dan dapatkan lebih banyak maklum
      tentangnya. Sebagai contoh apabila mereka bercerita berkenaan apa yang mereka
      lakukan di sekolah.
✔ Minta kanak-kanak untuk mengulang sebutan dengan lembut. Anda boleh
      menggunakan ayat seperti ( "oh ibu tak dengar apa yang adik cakap tadi boleh cerit
      balik tak " ).Cuba juga untuk memahami apa yang dicakapkan melalui pergerakan
      tangan dan badan, tone suara, emosi dan juga pergerakan mata.
✔ Gunakan klu yang ada dipersekitaran jika ada contohnya cuba adik tunjukkan apa yang
      Adik cakap tadi.
✔ Gunakan sokongan visual sebanyak yang boleh semasa bercerita / berbual.
      Contohnya, semasa bercerita mengenai percutian keluarga, gunakan gambar yang
      diambil ketika bercuti. Anda boleh merujuk kepada gambar tersebut untuk
      mengenalpasti orang, tempat atau situasi yang diceritakannya.

      MEMPERBETULKAN KESALAHAN SEBUTAN ANAK

Di sini disertakan beberapa tips untuk membantu kanak-kanak dengan masalah pelat ini.

✔Perkara yang utama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan nasihat dari Terapis
     Pertuturan-Bahasa berkenaan bagaimana untuk melatih pertuturan kanak-kanak di
     rumah.Ini akan menentukan bila, bagaimana dan sebanyak mana latihan yang perlu
     dilakukan.Terapis Pertuturan-Bahasa akan memberikan cadangan yang spesifik tentang
     bagaimana untuk membetulkan kesalahan sebutan anak anda.
✔ Setelah anak anda boleh menyebut bunyi yang diajarkan dalam masa latihan yang
     ditetapkan, galakkan mereka untuk menggunkan bunyi tersebut di luar masa latihan
     dengan mencari beberapa perkataan yang sesuai pada hari tersebut.
✔ Semasa latihan, gunakan bahasa dan penerangan yang positif apabila membetulkan
      kesalahan.
✔ Setelah anak anda boleh menyebut bunyi yang diajarkan dalam masa latihan yang
      ditetapkan, galakkan mereka untuk menggunkan bunyi tersebut di luar masa latihan
      dengan mencari beberapa perkataan yang sesuai pada hari tersebut.
✔ Di akhir terapi, anda akan diminta untuk memantau sebutan anak anda diluar masa
      latihan. Ini adalah penting untuk membantu kanak-kanak untuk membuat generalisasi
      dan menggunakan bunyi sebutan yang betul dalam perbualan harian mereka.
      Dapatkan nasihat dari Terapis Pertuturan-Bahasa anak anda tentang cara yang specifik
      untuk memantau pertuturan mereka dengan cara yang betul.


Perlu diingat disini adalah, tujuan utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika anda was-was mengenai perkembangan pertuturan anak anda, dapatkan nasihat dan konsultansi daripada Terapis Pertuturan-Bahasa berdekatan anda.

diharap perkongsian tips dari bacaan saya ni dapat membantu ibu bapa diluar sana ..sekian terima kasih...








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA