ATASI RUAM MERAH PADA ANAK




                                ATASI RUAM MERAH PADA ANAK

Ini antara yang selalu kita dengar... masalah ruam pada muka mahupun kulit bayi. Takpe, jangan panik ya. Ruam ni bukanlah sesuatu yang kekal. Ia akan hilang dengan cara rawatan yang betul.


Apa nak buat bila bayi kena ruam?

(1) Langkah pertama : kena kenalpasti ruam apa... ruam panas? ruam susu? ruam lampin? eczema? atau allergy? Macamana nak tau..........???

Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah2 kulit berketak2 tu.

Ruam Susu ....kesan drpd lelehan susu yg dibiarkan/tak di lap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.

Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan pakai lampin/pampers yang kotor, kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.

Eczema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan,kuping,bengkak.

Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.


(2) Langkah kedua : Kalau gatal jangan sesekali garu, hati-hati pada penggunaan sabun/bedak/lotion atau krim yang ber chemical.

Petua penjagaan bayi yang terkena ruam lampin adalah seperti berikut : -

                            10 cara hilangkan ruam lampin



  1. Pastikan bayi dalam keadaan kering
Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menaggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

     2. TUKAR LAMPIN DENGAN KERAP 

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera.

     3. CUCI DENGAN AIR

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air. ( dapatkan nasihat dari pegawai farmasi )  

     4. GUNA UBAT SARANAN DOKTOR

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (  krim akuas , minyak mineral atau losyen lemak 'wool' zink dan krim minyak kastor )


     5. KURANGKAN PENGGUNAAN SABUN

Jangan mencuci kaqaaan ruam dengan sabun Terlalu kerap ; 1 - 2 kali Seminggu sudah mencukupi.

      6. ELAKKAN BEDAK TALKUM

Jangan menggunakan bedak talkum/Bedak bayi atau seluar plastik.ini kerana bedak talkum Merbahaya pada paru - paru Dan boleh menggangu Pernafasan bayi.Kalau mahu guna juga ,gunakan bedak talkum Yang diperbuat dari 'cornstarch'Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.

       7. LONGGARKAN LAMPIN

Pastikan bayi dalam keadaan selesa.Jangan pakaikan lampin ketat - ketat.gunakan pelapik lampin Yang lembut untuk Untuk melindungi kulit bayi Yang sensitif.

        8. JANGAN BASUH  ' CLOTH DIAPER ' DENGAN SABUN PENCUCI

Ini untuk penggunaan cloth diaper Sahaja.elakkan Guna sabun yang Berbau wangi dan juga Pelembut pakaian.Ini kerana bahan kimia Akan bertindak dengan Kulit bayi yang sensitif.basuh sahaja dengan air Panas dan bilas dengan banyak kali.Pastikan ia dibilas Dengan teliti Setiap kali dicuci.

         9. MINTAK PROBIOTIK ATAS SARANAN DOKTOR

Apabila anak anda tidak perlu Mengambil antibiotik , Tanya dokter tentang memberi Beliau probiotik juga.Probiotik Menggalakkan pertumbuhan Bakteria sehat Dalam usus, yang boleh menggurangkan Peluang anak anda Mendapat ruam lampin.

        10. BREASTFEEDING/SUSUKAN BAYI

'Breastfeeding' nampak tidak relevan bukan ? Jangan salah faham.Menyusu anak anda Selama yang boleh.Penyusuan susu ibu Meningkatkan ketahanan Anakanda terhadap Jangkitan secara umum Dan menjadikkan dia kurang mungkin Mermelukan antibiotik , yang boleh menyumbang Kepada ruam lampin.


Diharapkn dengan tips - tips yang berguna dari saya ini dapatlah kiranya anda berhati - hati apabila berhadapan dengan masalah yang anak anda alami.semoga perkongsian dari saya ini dapat meringgan masalah yang anda.

selamat membaca dari saya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA