KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI




KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI

Membedung bayi adalah satu amalan lama bertujuan agar bayi tidak bergerak dan kesejukan.Ia dipercayai dapat membantu bayi tidur dengan selesa tanpa gangguan luar.

Sebenarnya bayi dibedung untuk memberi suasana yang sama ketika mereka di dalam perut.Jika anda masih tidak membedung bayi dengan cara yang betul, ia boleh menyebabkan si kecil menjadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka.Ada beberapa teknik membedung untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya. Awas! Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.

MEMBEDUNG BAYI – Manfaat dan Cara Membedung yang Baik

Membedung merupakan istilah di negara kita untuk ‘membungkus’ bayi dengan kain. Kain yang digunakan pun biasa disebut dengan kain bedung. Beberapa manfaat membedng bayi, antara lain:

● Membantu bayi Anda agar tidak terganggu dengan gerakan mengejut yang biasa dikenal
  dengan keadaan refleks
● Membantu bayi Anda sentiasa dalam keadaan hangat, terutama pada hari-hari pertama
    kali melihat dunia.dengan secara beransur bayi akan dapat menyesuaikan dengan
    keadaan sekeliling sehingga kain bedung tidak diperlukan lagi.
 ● Membantu menenangkan bayi Anda

Ketika bayi Anda dibedung, dia akan merasa hangat dan tenang, dan bedung pun berguna untuk mentenangkan si kecil ketika dia menerima rangsangan yang berlebihan.

Jika bersalin mengikut cara bidan atau pun dihospital biasanya sebelum pulang, mereka akan mengajarkan ibu bagaimana cara membedung si kecil.


KEBAIKAN BEDUNG BAYI

1. Membantu bayi tidur lebih lena
2. Memudahkan bayi anda cepat tidur.
3. Mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak disebabkan bunyi bising di sekeliling
    mereka.
4. Membantu untuk meluruskan kaki bayi. Hal ini untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’
    atau ‘kengkang’.
5. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan
    sarung tangan.
6. Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa.
7. Mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk
    bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
8. Bayi merasa hangat seperti di dalam kandungan ibunya.
9. Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat
    membantu meredakan tangisan bayi
10.Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila bayi dibedung.

Dibawah ni saya sediakan untuk ibu - ibu yang belum tahu cara membedung serta cara selamat untuk membedung bayi anda.sila lihat gambar dibawah ini.


CARA BEDUNG BAYI

1. Letakkan helain kain lampin atau kain bedung. Kemudian lipat sudut di sebelah kanan
       Kira - kira 15 - 20 cm kebawah
   2. Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
   3. Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya.masukkan
        bahagian depan dibawah lengan kanannya dan pusing kebelakang bayi
   4. Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya
   5. Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakang di sebelah kiri

*Pastikan bedungan itu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

TEKNIK BEDUNG BAYI

Teknik bedung moden

Teknik bedungan moden menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.

Teknik bedung tradisional

Teknik bedungan tradisional ialah teknik lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung yang diperbuat daripada kain kapas.


SEHINGGA USIA BERAPA BAYI PERLU DIBEDUNG ?

Sehingga bayi Anda berusia sekitar 1 bulan, Anda masih boleh membedungnya , namun usahakan untuk tidak membedung sehingga ia terjaga dari tido.

Jika dalam umur 1 bulan bayi anda masih lagi ingin dibedung serta rasa lebih selesa ketika tidur , tidak mengapa boleh diteruskan untuk membedung anak anda.

Biasanya, kalau si kecil sudah tidak mahu dibedung, dia akan menolak dengan menangis atau menendang-nendangkan kakinya , ini bererti sudah tiba masanya Anda meninggalkan bedung untuk selama- lamanya.

selamat mencuba ibu - ibu diluar sana..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA