APA ITU HIDRASI DAN APA ITU STROKE HABA ?



             





   HIDRASI 

Setiap tubuh badan manusia memerlukan air dan salah satu yang terpenting dalam badan manusia..air diperlukan untuk mengatur suhu tubuh , menjaga kelembapan kulit , serta mengangkut oksigen dan zat - zat gizi penting ke sel.namun badan kita terus menerus kehilangan air..kehilangan 1 - 2 peratus sahaja air ditubuh boleh terjadinya sistem kardiovaskular dan ia boleh menyebabkan tergangunya kesihatan mahu pun kerja harian kita.

 Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah cecair yang diperlukan.

justeru , adalah sangat penting untuk kita minum air tidak kira ia sama ada ia air masak , jus , minuman isotonik , susu mahupun memakan makanan buah - buahan

dibawah ini adalah antara peranan penting air dalam tubuh badan manusia

✳ Peranan air dalam badan kita - air membantu hampir kebanyakkan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan.kita perlu memahami peranannya didalam badan.

✳ otak kita adalah 75 peratus air , Manakala darah , tulang dan otot masing - masing mewakili sebanyak 922,22 dan 75 peratus air.

✳ Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan.

✳ Air juga penting melindungi dan melapik organ - organ utama termasuklah sendi tulang.

✳ Disamping itu , air membawa nutrien ( zat makanan ) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien.

✳ Air menukarkan makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan - bahan sisa yang tidak dikehendaki.

ini hanya secara ringkasan yang berkaitan tentang hidrasi...jom kita pegi pula kepada STROKE HABA...apa itu stroke Haba ? jom baca...


           
         STROKE HABA

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

            TANDA - TANDA AWAL STROKE HABA


  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Tidak berpeluh ketika waktu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Pitam
  • sawan
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Muntah / terasa ingin muntah
  • Otot lemah dan kejang


            CARA RAWAT STROKE HABA


  • Memberi rawatan pada mangsa
  • Bawa mangsa tempat teduh
  • Bawa mangsa kebilik yang sejuk /berhawa dingin
  • Tempatkan dibawah kipas
  • Lapkan badan mangsa dengan kain basah
  • Rendamkan mangsa dalam air kolam
  • Bawa keklinik atau hospital yang berdekatan

             CARA PENCEGAHAN STROKE HABA

  • Minum air dengan kuantiti air yang banyak
  • Carikan kawasan yang redup untuk berteduh
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari kapas
  • pakai topi ketika waktu panas


             Semoga manfaat untuk kita semua














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA