LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN STROKE HABA
Suhu badan normal kita adalah 37℃, jika terlalu terdedah kepada kepanasan dan suhu badan melebihi 40.5℃, badan pula kekurangan air dan dehidrasi ia boleh membawa kepada strok haba. Kandungan air dalam badan berkurang menyebabkan sawan serta terjadinya kerosakan otak dan organ-organ badan seterusnya mengakibatkan individu tersebut pitam atau maut. Dibawah ini ada beberapa tips untuk mencegah stroke haba..
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN STROKE HABA
- Hadkan aktiviti luar yang terdedah dengan cuaca panas. Jika anda sering bersenam diwaktu petang boleh tukar aktiviti ke waktu pagi
- Minum air sekurang -kurangnya 2.5 liter air sehari.badan yang kurang air boleh menyebabkan kepala pening dan bibir kering.
- Cuba elakkan dari memakai pakaian yang tebal dan ketat yang mana ia menghalang haba keluar semasa proses pengeringan peluh.
- Ketika waktu panas cuba cari kawasan atau tempat rehat untuk berteduh.
- Pakai topi sewaktu musim panas.
- Elakkan aktiviti riadah dalam waktu cuaca panas.
Semoga bermanfaat untuk kita semua...
Ulasan