TIPS MINUM AIR MASAK DENGAN SECUKUPNYA
Asmkum...air sangat penting untuk kesihatan manusia dan keperluan setiap individu ada perbezaannya..air adalah perkara utama dalam tubuh kita.. Tahukah Anda berapa banyak air yang harus diminum setiap hari?mungkin ini pertanyaan sederhana dan susah untuk dijawab..disini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips kebaikan minum air dengan banyak..
1 . Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur.. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
2 . Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
3 . Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya bila terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
4 . Air yang tak ada rasa mungkin membosankan , dari menambahkan sirap apa kata anda cuba letakkan hirisan buah , hirisan buah lemon , atau daun mint untuk menambahkan rasa.
5 . Sesudah makan makanan pedas, orang akan cenderung untuk minum lebih banyak air , ini akan membantu Anda untuk mencukupi keperluan air harian anda. Ditambah lagi makanan pedas akan meningkatkan metabolisme.
6 . Pesan air dalam gelas ketika makan di dikedai makan atau restoran akan memudahkan Anda untuk mengambil air dengan banyak .
7 . minum air sebelum makan akan membantu Anda mengurangi berat badan. Ini menyebabkan anda akan terasa lebih kenyang dan anda akan mengambil hidangan anda dengan kuantiti yang sedikit..
8 . Minum air sebelum memulakan aktiviti akan meningkatkan metabolisme dan membersihkan tubuh sehingga bersifat detox. Serta, membantu Anda untuk mencukupi keperluan air.
Semoga beberapa tips dari saya ni memberi manfaat untuk kita semua...selamat mencuba ☺☺
Ulasan