PUNCA RESDUNG


Assaallamualikum dan selamat malam..entry sebelum ni saya ada berkongsi dengan anda semua APA ITU RESDUNG dan kali ini entry seterusnya Pula bagaimana pula PUNCA RESDONG itu berlaku. Jom baca !


Apabila kita bernafas, kita akan menghidu masuk pelbagai jenis kuman, habuk dan bakteria yang ada di dalam udara sekaligus membawa masuk partikel-partikel ini ke dalam hidung. Apabila seseorang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah, kesemua partikel ini yang sepatutnya ditapis akan merebak dan membiak di dalam hidung.
Struktur hidung yang tidak normal juga boleh mengakibatkan seseorang mengalami alahan resdung. Tulang hidung yang senget, retak atau patah disebabkan apa juga kemalangan juga berisiko tinggi tau!
Tahu tak macam mana nak kenal pasti anda adalah penghidap resdung atau tidak?ada beberapa punca dan penyebab berlakunya resdung.
📌 Bila bagun pagi hidung akan tersumbat dan berair
📌 Adakalanya bahagian hidung dan mata gatal - gatal
📌  Lendir selalu keluar daripada hidung dan tekak
📌 Sakit tekak berpanjangan
📌 Deria bau saya juga terjejas
📌 Nafas akan jadi berbau
📌 Jerawat naik penuh dimuka
📌 Kepala dan rambut mula ada kelemumur
📌 Kadang - kadang mudah demam dan badan cepat lesu

Kalau ada tanda - tanda yang korang rasa seperti di atas korang boleh siap sedia untuk membuat rawatan seterusnya.jangan biarkan dan banyak kaedah perubatan masa kini.ok korang akan datang simptom resdung pula..tunggu tau..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA