PUNCANYA PENYAKIT ASTHMA

Assalalmualaikum selamat pentang untuk anda dan saya kembali lagi dengan anda semua untuk berkongsi entry selanjutnya berkaitan dengan asthma.

Sebelum ni entry saya bertajuk Apa itu penyakit asthma dan kali ni saya nak huraikan lagi apa penyebab PUNCANYA PENYAKIT ASTHMA ni.




PUNCANYA PENYAKIT ASTHMA

Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di mana di kalangan keluarga pesakit asthma biasanya terdapat ahli keluarga lain yang menghidap asthma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy skin disease).

Walaupun punca sebenar asthma tidak diketahui, namun punca serangan asthma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asthma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang menyebabkan serangan asthma adalah pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.

Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.


Setakat ni jer dulu saya huraikan punca asthma ni..akan datang saya berkongsi dengan anda semua tentang simptom2 asthma..assalalmualaikum...

              FB : SITI FATIMAH ABD SAMAD
IG : cantik_cantik_sehat
SID 1141290
WHATSAPP : 019-7091176

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA