RAWATAN PENYAKIT ASTHMA

Assallamualikum selamat petang semua..bersua kita sekali lagi yer..mesti tertanya2 apa pulak kali ini entry saya yer..seperti biasa sambungan entry sebelum ni dan tajuk untuk hari ni ialah RAWATAN PENYAKIT ASTHMA.



Secara umumnya, matlamat rawatan asma adalah untuk mengawal penyakit tersebut atau mengurangkan kekerapan serangan asma.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor berkenaan cara terbaik bagi mengawal asma yang dialami oleh anda atau anak anda. Kanak-kanak juga boleh terlibat secara aktif dalam mengawal asma yang dialami. Cara terbaik untuk mengawal asma yang baik adalah dengan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan penyakit asma dan cara-cara untuk menambah baik keadaan ini.jom apa lagi yang patut kita ketahuai rawatan selanjutnya dan apa yang patut dilakukan ketika asthma anda datang kembali :
Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?
  • Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi.
  • Dudukkan anak secara menegak dan tenangkannya.
  • Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda (4-6 puffs).
  • Untuk serangan yang tidak teruk, beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung kepada gejalanya.
  • Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
  • Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan.
Bagaimana mencegah serangan asma?
  • Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.
  • Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
  • Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
  • Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam.
  • Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor bagi kanak-kanak yang boleh melakukannya.
  • Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan.
Apakah komplikasi asma?
  • Kematian.
  • Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan.
Berikut adalah rawatan pesakit asthma yang perlu kita ketahuai dan sentiasa bersedia sewaktu berkeadaan seperti ini.akan datang saya akan kongsikan lagi rawatan selanjutnya tentang asthma ini yang berkaitan dengan pengambilan supplemant yang wajib anda ambil.sekian dan selamat membaca yer..


FB : SITI FATIMAH ABD SAMAD
IG : cantik_cantik_sehat
SID 1141290
WHATSAPP: 019 - 7091176

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA