SIMPTOM-SIMPTOM ASTHMA YANG PERLU DIKETAHUI
Assallamualaikum semua dan selamat petang..kembali lagi saya untuk berkongsi entry seterusnya.sebelum ni entry saya berkenaan tentang PUNCANYA PENYAKIT ASTHMA.kali ni nak kongsi dengan anda semua simptom-simptom asthma yang perlu kita semua ketahuai.
Sesetengah orang yang mendapat asthma mempunyai sesak nafas kronik yang menjadi lebih teruk semasa serangan.asthma boleh menjadi bahaya jika aliran udara ke paru - paru menjadi sangat terhad dan simptom - simptom asthma adalah seperti berikut :-
SIMPTOM - SIMPTOM ASTHMA
Tanda-tanda dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit.
1. Pernafasan yang pendek ia akan menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal
Pagi.nafas juga akan berbunyi itu juga tanda - tanda permulaan nak kena asthma.
2. Sakit-sakit dada sehingga merasakan terlalu sempit di bahagian pernafasan ketika hendak bernafas.
3. Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau
desahan
4. Bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga
boleh didengar
5. Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem
pernafasan seperti selsema, mahupun demam.batuk yang tidak berhenti ini juga
Adalah slah satu tanda nak bermulanya asthma.
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
1. Serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan
bertambah
2. Kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan
(untuk membuka laluan pernafasan) dapatkan nasihat doktor anda untuk
kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.
Jika serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk
dimasukkan ke rawatan kecemasan.
Berikut adalah simptom - simptom pesakit asthma yang perlu kita ketahuai dan sentiasa bersedia sewaktu berkeadaan sepertui ini.akan datang saya akan kongsikan lagi rawatan selanjutnya tentang asthma ini.sekian dan selamat membaca yer..
FB : SITI FATIMAH ABD SAMAD
IG : cantik_cantik_sehat
SID 1141290
WASAPP : 019 - 7091176
Ulasan