ASMA DIKALANGAN KANAK - KANAK
Asmkum..bismillah...teringat masa kecik - kecik dulu..saya ada adik lelaki yang mengalami penyakit asma.adik saya kena asma memang teruk.bila malam asma dia datang.kalau ubat tak ada atau habis mak saya menggunakan cara tradisioanl orang kampung.mak saya sapu minyak tanah pada dada adik saya.fungsi minyak tanah ialah membukak segala rongga- rongga penafasan sebab mungkin salah satu sebabnya ialah minyak tanah ni panas.
cara kedua ni lah sampai sekarang alhamdulillah adik saya dah tak ada asma sampai lah sekarng umur dia dah 27 tahun.ada seorang uncle cina ni bagi tahu mak saya cuba kasi katak budu..memang nampak gelikan.tapai disebabkan mak saya nak adik saya baik dia terpaksa cuba jugak buat.mak saya buat roti sunwich letak satu ekor katak budu dalam selit roti sunwich tu.alhamdulillah memang mujarab..sampai sekarang adik saya dah tak ada asma.mungkin rezeki adik saya nak baik.tapi kalau rasa geli atau tak sampai hati jangan buat.cuba cari cara lain pulak.jom baca lagi kenapa asma ni berlaku.
hari ni saya nak nerkongsi maklumat tentang asma dalam kalangan kanak -kanak.bila anak kena selsema ni kadang - kadang sebagai ibu kita perlu berjaga - jaga juga dikhuatiri selsema melarat menjadi asma.
asma akan terjadi pada kanak -kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikslsngsn ahli keluarga atau pun tidak.kanak - kanak yang ada sejarah asma dikalangsn ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti eczima rhinitis dan demam alah ( hay fever ) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.
KAJIAN TENTANG ASMA
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun.
Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
APA ITU ASMA
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik.dimana salur penafasan menjadi :-
- Merah
- Bengkak
- Menghasilkan lendir berlebihan
- Mudah terangsang ( hypersensitive )
APAKAH FAKTOR PENCETUS
ada beberapa faktor terjadinya asma.ada juga bergantung pada individu tersebut.antaranya ialah : -
- Jangkitan vairus pada sistem pernafasan
- Merokok
- perubahan cuaca
- Alahan debunga seperti house dust mile,kulat dan binatang peliharaan.
- senaman
- Bahan perangsang seperti bau cat , minyak wangi dan habuk lantai
- Makanan dan bahan perasa makanan
- Ubat seperti aspirin atau lain- lain ubat tahan sakait ( NSAIDs atau pain killer )
- Emosi
- Gastro - oesophageal reflux ( pengaliran asid dari dalam perut ke atas )
APAKAH GEJALA ASMA
Batuk
- Batuk diwkatu malam ( waktu tidur )
- Rasa ketat di dada ( nafas berbunyi seperti visel )
- Susah bernafas
APAKAH TANDA -TANDA ASMA
Ini mungkin serimg berlaku pada anak - anak antaranya ialah :-
- Nafas berbunyi ( Audible wheeze )
- Susah untuk menghebus nafas ( breath out )
- Nafas laju
- Denyutan jantung cepat
SERANGAN YANG TERUK MENYEBABKAN KANAK - KANAK
- Kelihatan gelisah
- Letih lesu
- Bimbang
- Kulit berpeluh dan sejuk
- Warna kebiruan pada bibir dan kuku
SASARAN RAWATAN
- Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma
- Mengelak serangan asma
- Mempunyai kualiti hidup yang baik
- Berupaya menyertai acara sukan
- Menghalang kemusnahan tisu paru - paru
- Mengelakkan kematian
APAKAH JENIS RAWATAN ASMA
Ubat asma terbahagi kepada 3 : -
1 . Ubat pencegah
ubat ini dapat menggelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan.ia bertindak mengurangkan bengkak dan pembentukkan lendir disistem pernafasan.
2 . Ubat pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur penafasan yang sempit.
3 . Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama.ia digunaksn untuk kes serangan asma yang teruk.
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan.sebahagian kanak -kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
ramsi kanak -kanak bebas dari gejala asma , walaubagaimana pun ada juga gejala asma yang menyerang kembali kemudian hari..
tips berkongsi info berguna.terima kasih.
ramsi kanak -kanak bebas dari gejala asma , walaubagaimana pun ada juga gejala asma yang menyerang kembali kemudian hari..
tips berkongsi info berguna.terima kasih.
Ulasan