JANGKITAN KUDIS BUTA DIKALANGAN ANAK-ANAK



JANGKITAN KUDIS BUTA DIKALANGAN ANAK - ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kudis buta merupakan satu jangkitan pada kulit yang sering dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Mari kita berkenalan lebih lanjut dengan penyakit ini.

APAKAH KUDIS BUTA ?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang boleh berjangkit, yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

APAKAH TANDA - TANDA JANGKITAN KUDIS BUTA ?

Jika seseorang telah mengalami kudis buta , beliau akan mengalami kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya gatal pada waktu malam dan selepas mandi air panas. Kawasan yang paling selalu dijangkiti ialah di celah-celah jari, kaki, tangan dan kemaluan. Kegatalan yang dialami merupakan sebahagian daripada reaksi alahan kulit terhadap gigitan kutu tersebut.

Selain itu, kita juga boleh lihat tanda-tanda calar kesan daripada menggaru serta bintik-bintik merah seperti ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Kawasan-kawasan lain yang menjadi sasaran gigitan kutu ini juga contohnya kawasan punggung, pusat, celah- celah ketiak dan siku. Ianya jarang terjadi di muka atau di kulit kepala kecuali di kalangan kanak-kanak atau orang yang rendah imuniti.

BAHAGIAN MUDAH DIJANGKITI

Hama kudis buta suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.


PUNCA JANGKITAN DAN BAGAIMANA IA MEREBAK

Kudis buta sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak di taska/tabika/tadika dan juga di sekolah. Kudis buta juga menjangkiti semua ahli keluarga. Kudis buta mudah berjangkit menerusi persentuhan (contact) dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian (semua jenis pakaian, telekung, cadar, sarung bantal, tilam, selimut, tuala, dll).


Jangkitan: Tubuh manusia menjadi tempat hinggap dan pembiakan (host) hama kudis buta untuk selama 2-3 hari sebelum ia mati. Akan tetapi, manusia sentiasa bersentuhan dan berkongsi pakaian & tempat tidur, maka hama ini terus berpindah-randah dan membiak (person-to-person transmission).


BAHAGIAN MUDAH DI JANGKITI

Hama kudis buta suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.

RAWATAN KUDIS BUTA

Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda.


TEMPOH RAWATAN

Bagi dewasa ia mungkin memakan masa hingga 2-3 tahun sebelum rasa gatal reda. Kulit pula memakan masa 1-2 tahun untuk sembuh. Namun, kulit akan kelihatan gelap dan kasar. Sapuan krim pelembut mengandungi vitamin Emembantu melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar. Sapuan salt scrub semasa mandi membantu mencerahkan semula kulit.

APA YANG PERLU DI LAKUKAN JIKA BAYI @ ANAK ANDA DI JANGKITI KUDIS BUTA

Pergi klinik dapatkan nasihat doktor dan biasanya doktor akan beri krim Betnovate untuk scabies.Sapu nipis-nipis  jangan banyak krim tu  racun. Buat setiap kali selepas bayi dah mandi dan kulit dikeringkan. Sapu 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. InsyaAllah, kudis akan surut dan hilang.

JANGAN BIARKAN BAYI TIDUR ATAU TERBIAR BERENDAM LAMA DALAM PELUHNYA.

Jgn biar bayi menggaru kepala atau kulitnya .Potong kukunya supaya pendek. Pakaikan sarung tangan jika perlu  dan tukar lebih kerap jika berpeluh.Boleh mandikan bayi dan sapukan tepung ubi kayu pada badannya semasa masih basah. Lumurkan ke seluruh badan. Elakkan bahagian muka (mata, hidung, mulut dan lubang telinga). Biarkan kering. Ini membersihkan dan menyejukkan kulitnya. Ia memberi rasa selesa kpd bayi. Boleh lumurkan sedikit tepung ubi kayu pada bahagian permukaan dalam pakaian bayi sebelum mengenakan pakaian bayi.

Basuh dan celup pakaian bayi dlm kanji (bancuh dan buat pekat sedikit). Iron pakaian bayi dan lipat. Pakaian berkanji memberi rasa selesa pd bayi yg berkulit sensitif atau kuat berpeluh.  Boleh kanjikan semua kain alas tidurnya, sarung bantalnya, dll.

Jika lebih berani boleh bubuh sedikit Tea Tree Oil  kat tempat  berkudis tu je. TETAPI  perlu berhati-hati sebab ia minyak angin yang agak pedih utk bayi dan orang dewasa. Ia amat mujarab utk menghapuskan semua jangkitan pd kulit, termasuk kutu, hama, alahan, dll. Cuba dululah pd kulit sendiri  sebelum disapu pada kulit bayi. Memang agar pedih. Nih kalau bayi saya sendiri pun saya takut nak letak nanti tak pasal menangis pedih pulak. Kalau org dewasa cam kita takpelah.

Setelah semua usaha dah dilakukan harap perlulah bersabar sebab jangkitan biasanya ambil masa yang lama sebelum sembuh sepenuhnya.diharapkan anda dan keluarga anda sehat dan sejahtera serta bebas dari segala penyakit yang merbahaya.sekian assallammualaikum...



























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA