KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA



       KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN
       PUDINA 



 Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.











 1 Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

 2  Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

 3  Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

 4  Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit
     kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

 5  Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta
     kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

 6 Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas
    anda.

 7 Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais
    krim. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau
    bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

 8 Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut
    (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan
    makanan dalam saluran sistem usus. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan
    perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin
    perut.

9   Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat
     menghalang pembentukan fungsi tumor.

10  Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan
       anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

11  Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita
      pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
      Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk
      melegakan symptoms penyakit penafasan.

12 Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu
     kitaran haid.

13  Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan
      kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

 14  Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gata gatal,
       athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .

15  Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).


Semoga perkongsian ini manfaat untuk kita semua..

Tip dan perkongsian..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA