PETUA KURANGKAN SELSEMA KALANGAN KANAK - KANAK





Asmkum..hari ni nak kongsi lagi dan tip petua dikalangan orang - orang tua dahulu macam mana nak kurangkan selsema dikalangan kanak- kanak.yelah orang tua - tua dulu mana ada klinik macam zaman kita sekarang ni bersepahkn.manalah tahu dengan petua yang saya kongsi ni membantu anda untuk mengurangkn selesema anak- anak sementara nak tunggu esok pagi bawak anak pegi klinik.

Selsema akan membuatkan kita kurang selesa ,  lagi - lagi kena pada anak mesti kesian tengok anak tu tak selesa.kadang- kadang tu bermacam -macam ubat dibagi pada anak - anak tapi selsema tak ada perubahan ada juga masih berpanjangan... ada baik kita cuba pada anak - anak kita petua ini..


PETUA NO 1

Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya.Asahkan kunyit tadi pada sesuatu - lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu.menurut petua tradisional melayu.
Sapukan hasil asahan tadi pada batang hidung bayi.waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti selepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur.

Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat.dengan cara ini , bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan kunyit tadi.cuba amalkan dalam beberapa hari , insya allah selsema akan sembuh sepenuhnya.


PETUA NO 2

Sediakan 3 helai daun sirih.sediakan juga sebiji limau nipis.belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan.campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika.sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak - kanak yang terkena selsema.

cubalah petua ini..manalah tahu bermaanfat untuk anak - anak anda.dengan izin allah penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang - kurangnya tidak kerap seperti dulu.    

Selamat mencuba..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN DAN LARANGAN UNTUK PESAKIT RESDUNG

PUNCA PENYAKIT SLE

MENU TERBAIK UNTUK PESAKIT ASTHMA