kenapa anak- anak selalu kena demam
KENAPA ANAK - ANAK SELALU KENA DEMAM
Segala sesuatu yang di ciptakan oleh Allah tidaklah sis-sia, sebab hanya Allah yang tahu apa yang terbaik dan dialah yang maha pengatur segala sesuatu. Apabila kita sakit mungkin mnganggap bahwa itu adalah keadaan yang kurang baik tapi siapa tahu bahwa itu yang terbaik untuk kita sebab pada hakikatnya hanya Allah yang tahu mana yang terbaik buat kita. Percayalah kalau sakit atau demam itu ternyata ada kebaikannya....tidak kiralah menimpa pada orang dewasa atau pun anak -anak ,semoga bermanfaat untuk kita semua terutama pada ibu bapa yang mempunyai anak yang sering demam.
Demam pada anak adalah sesuatu yang akan membuat kita panik. Tapi benarkah demam adalah penyakit? Apakah ada cara yang baik untuk mengatasi demam pada anak? Adakah jika demam perlu segera berjumpa dokter? Dan kenapa anak kerap kena demam? bagaimanakah cara mengatasi penyakit demam?
Ibu bapa ketika melihat anaknya demam biasanya dilakukan adalah dengan meletakkan kepalanya dengan kain basah dan memberi ubat untuk turunkan panas. Banyak ubat demam dijual di kedai atau difarmasi berdekatan ,ini kerana angapan ibu bapa bahawa perlu segera diberi ubat berbanding ibu bapa yang terus membawa ke hospital atau klinik yang berhampiran untuk segera ditangani.
Kenapa berlakunya demam ?
- Demam bukanlah sesuatu penyakit.dengan memberi ubat pada anak belum tentu boleh menurunkan panas anak.oleh itu jika anak demam perlu ketahui apa penyebab punca berlakunya anak demam.mungkin anak demam disebabkan sakit pada bahagian tekak , nak tumbuh gigi ,batuk ataupun berlakunya perkara-perkara lain.jika dah tahu apa puncanya barulah cari jalan lain untuk atasi masalah anak demam.
APA KEBAIKAN DEMAM ?
- Anak demam mesti ibu bapa akan menjadi panik dan seterusnya mencari apa punca anak demam dan tanpa belengah ibu bapa akan terus memberi ubat pada anak.tapi ternyata demam banyak memberikan manfaat kepada anak.
MANFAAT DAN FUNGSI DEMAM ?
- Memberi tahu pada kita bahawa anak mengalami ganguan vairus , bakteria atau kuman sehingga tubuh akan memberi respon terhadap serangan kuman dan virus tersebut.ketika ada serangan virus / kuman maka suhu tubuh akan naik untuk meningkatkan pertahanan dan melawan infeksi.
- Demam akan dapat menurunkan zat kadar besi.zat besi merupakan tumpuan kuman , virus untuk berkembang didalam tubuh.demam juga dapat melemahkan virus dan kuman.
- Demam boleh meningkatkan produksi interferon dan bahan antivairus yang boleh menambahkan kekuatan tubuh dan daya tahan tubuh terhadap serangan virus dan kuman.
TINDAKAN YANG PERLU KITA AMBIL KETIKA ANAK SEDANG DEMAM.
- Cek suhu anak dengan mengunakan termometer.letakkan termometer pada bahagian ketiak , dubur dan mulut.boleh cek kadar suhu selama 4 jam sekali.
- elak dari memakaikan anak dengan pakaian yang tebal , selimut tebal sebab melambatkan panas untuk keluar. Pakaikan anak dengan baju yang tipis supaya panas cepat keluar dari badan.
- Sediakan air masak yang secukupnya.boleh juga ditambah dengan air jus , sayur yang bercampur kuah dan sentiasa lebihkan air.untuk bayi yang masih menyusu badan , sentiasa bagi susu badan dengan sekerapnya.
- Berusaha untuk sentiasa bagi anak makan.berikan makanan menggikut kesesuaian yang anak kehendaki.makanan yang sehat akan memberi tubuh badan yang sehat.
- Anak anda perlu rehat secukupnya dengan suasana yang tenang kerana ia boleh membantu memulihkan kesihatn.
- Jika suhu badan anak tinggi gunakan kain yang basah dan letakkan kain basah tersebut dibahagian -bahagian tertentu seperti ketiak , bahagian dahi , lipatan peha dan leher.
- Berikan ubat demam ketika demam anak mencecah 38.5DC.berikan dose yang betul atau pun boleh rujuk terus pada doktor.ubat akan diberi mengikut barat badan anak bukan mengikut umur anak.
- Untuk perubatan tradisional pulak boleh bagi anak madu.caranya ialah bancuh dengan air masak dan godak mengunakan sudu plastik dan bukan menggunakan sudu besi. Bancuh atau godak air dengan mengikut arah putaran mengikut lawan jam seperti orang tawaf.
jika demam anak masih berlarutan segeralah dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan.
Insya allahndengan kesabarn dan doa demam anak anda pasti boleh diatasi.
Ulasan