TIPS MENGATASI ANAK SUSAH MAKAN
TIPS MENGATASI ANAK SUSAH MAKAN
Anak susah makan merupakan permasalahan yang sering dikeluhkan ibu bapa. terutama para ibu. Berbagai cara masih lagi tidak berhasil dilakukan untuk mengatasi anak yang susah makan.ramai ibu menjadi tertekan dan stress dalam menghadapi anak yang tak suka makan.Belum lagi jika anak susah makan atau pilih-pilih makanan.
Ketika si kecil berusia 6 bulan, Saat inilah Anda mesti lebih cenderung memperhatikan segala makanannya. Mulai dari memberinya bubur susu,buah - buah, seterusnya makanan yang lebih padat seperti nasi dan lain - lain.kadang- kadang proses ini tak selalunya menjadi, ada beberapa penyebab anak susah makan. Biasanya ini terjadi ketika usianya memasuki tahun pertama. Masalah tersebut biasanya seperti susah nak makan, tidak suka sayur, hanya nk makan kesukaan anak sahaja..
Disini saya nak ajak anda berkongsi tips berhadapan dengan anak - anak yang susah makan.tak banyak sikit mungkin boleh membantu anda..
1 . BAGAIMANA MENGATASINYA ?
Cuba sajikan makanan dalam bentuk kecil. Ingat, perut si kecil belum mampu menampung makanan terlalu banyak, jadi berikan ia makanan sedikit demi sedikit.
2. PELBAGAIKAN MAKANAN
Cubalah buat beberapa pilihan menu makanan, biarkan anak Anda memilih makanan yang dia suka. Biasanya anak lebih suka dengan makanan pilihannya.
3. SEDIAKAN MAKAN YANG MENARIK
Setelah anda menyediakn banyak pilihan, sediakan dengan bentuk yang menarik. Misalnya, bentukkan nasi goreng dalam bentuk teddy bear atau patung kecil.
4. JADIKAN SAAT KETIKA MAKAN MENGEMBIRAKAN ANAK ANDA.
Jauhi dari menakutkan anak anda, menghukum, atau menakutkan anak supaya anak makan lebih banyak.jika berkeadaan seperti itu anak - anak akan merasa bahwa ketika makan merupakan saat yang tidak mengembirakan Dan mungkin menimbulkan trauma psikologi baginya.
5. MENGIKUT JADUAL
sediakan jadual waktu makan dengan teratur, supaya si kecil terbiasa dengan waktu makannya. Sama juga dengan waktu tidur, mandi dan sebagainya.
6. GANGGUAN
Jangan memaksa dan menakutkan ketika menyuruh anak makan.ketika waktu makan, jauhi dari gangguan, misalnya matikan tv dan jauhkan buku atau mainan dari meja makan.
7. MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
Ajak anak anda untuk menyiapkan makanan bersama - sama.contohnya dengan meminta bantuannya untuk mengambilkan buah atau sayuran ketika menyediakan ketika waktu makan. Bila anda menyediakan makanan sehat, maka anak akan mengikuti cara makan anda
8 . KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Kurangkan makanan ringan untuk anak - anak kalau terlalu banyak makan makanan ringan akan membuatkan anak menjadi kenyang sehingga anak akan kehilangan nafsu untuk makan.
9 . KURANGKAN AIR KETIKA WAKTU MAKAN
Cara mengatasi anak susah makan dengan mengurangi air Ketika waktu makan.perut anak kecil jadi boleh menyebabkan air penuh dalam perut dan membuatkan anak menjadi tidak ada nafsu untuk makan.
Jadikan waktu makan anak waktu yang menyenangkan. jangan marah atau paksa anak supaya makan, sebab anak akan mula berfikir bahwa makan merupakan sesuatu yang menakutkan.
10 . BUAT JADUAL MAKAN UNTUK ANAK
jadual makan yang teratur , anak akan tahu waktu bila perlu makan dan proses pencernaan anak pun akan teratur dan baik.mengikut jadual waktu makan perut akan merasa lapar dan akan membuatkan anak mempunyai nafsu untuk makan.
Itulah beberapa tips cara mengatasi anak susah makan.perlu diingat makanan di rumah tetap lebih sehat daripada makanan ringan diluar..selamt mencuba dan jangan putus asa.
Ulasan